Tudung DIY CARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


BERKONGSI & BERBINCANG SEGALANYA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI TUDUNG
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Similar topics
NUFFNANG
IKLAN
Photobucket

 

 Konsortium Penjahit Tudung

Go down 
4 posters
AuthorMessage
murni




Posts : 17
Join date : 2009-04-04

Konsortium Penjahit Tudung Empty
PostSubject: Konsortium Penjahit Tudung   Konsortium Penjahit Tudung Icon_minitimeThu Sep 10, 2009 12:13 pm

Salam semua

Maaf ya jika cadangan yang ingin diutarakan ni cam memandai-mandai gitu. Niatnya hanya satu membantu meningkat keefisyen dalam jahitan tudung dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos dan masa.

Saya percaya kebanyakan penjahit tudung memerlukan 3 buah mesin untuk menghasilkan tudung
Mesin jahit lurus, mesin jahit tepi(kalau tak hantar kedai) dan mesin CS.

Melalui konsortium penjahit tudung ini, anda tidak memerlukan 3buat mesin untuk menghasilkan tudung2 DIY.

cadangan saya...sekadar idea yang tak seberapa

1) 1 konsortium ada 3orang
Penjahit A - Jahit pengeras pada awning dan sambung awning.
Penjahit B - Jahit tepi sekeliling awning dan bahagian depan tudung serta jahit tindih atas kepala
Penjahit C - jahit hujung tudung dengan cs

** Masing2 perlu memotong body tudung, awning dan pengeras sendiri sebelum diserahkan kepada penjahit A. Bila siap penjahit A akan menyerahkan kepada Penjahit B dan kitarannya akan berterusan. Setiap penjahit bertanggungjwab kepada kualiti jahitan masing2. Penjahit dalam konsortium ini berhak memulangkan tudung untuk diperbaiki jika tidak memenuhi kualiti yang diingini.

2) Ahli konsortium dari lokasi yang sama atau berhampiran bagi memudahkan urusan.

3) Bilangan tudung untuk disiapkan 10 tudung dlm masa 2 atau 3 hari...ini sekadar cadangan, Kuantiti sebenarnya ditentukan oleh ahli konsortium.

Apa yang saya nampak, ini dapat meningkatkan kuantiti tudung yang dapat dihasilkan disamping kualiti jahitan tidak diabaikan.


Saya pasti idea ini tidak semua menyukai atau bersetuju dengan idea ini. Pasti ada yang berfikir ianya sukar dan mcm2 halangannya. Apapun saya cuba apply apa yang biasanya peniaga dari bangsa cina amalkan. Bekerjasama antara satu sama lain. Jika mereka boleh...kenapa tidak kita. Yang pastinya, ini dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa dan kos.


Jom kita fikir-fikirkan secara positif

Terima kasih
Back to top Go down
rimbun1

rimbun1


Posts : 162
Join date : 2009-07-20
Location : KUALA LUMPUR

Konsortium Penjahit Tudung Empty
PostSubject: Re: Konsortium Penjahit Tudung   Konsortium Penjahit Tudung Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 11:27 am

murni wrote:
Salam semua


Saya pasti idea ini tidak semua menyukai atau bersetuju dengan idea ini. Pasti ada yang berfikir ianya sukar dan mcm2 halangannya. Apapun saya cuba apply apa yang biasanya peniaga dari bangsa cina amalkan. Bekerjasama antara satu sama lain. Jika mereka boleh...kenapa tidak kita. Yang pastinya, ini dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa dan kos.

Terima kasih

Bagi penjahit tegar maybe bolelah wat konsortium camni tp kalau takat part time mcm saya niii.. susah skit sbb takleh expect banyak mana bole buat sehari.. kekadang weekend jer pon menjahit. Mmg ni my negative thought ler.. mmg takmo menjahit nii as burden, cukup sekadar suka2, untuk pakai sendiri, lebih dr itu jual skit jer. takut org marah plak nnt sbb tak siap kekek lol!
Back to top Go down
http://blogrimbun.blogspot.com
ctpizza




Posts : 273
Join date : 2009-01-21

Konsortium Penjahit Tudung Empty
PostSubject: Re: Konsortium Penjahit Tudung   Konsortium Penjahit Tudung Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 5:49 pm

saya pun cam rimbun jugak, buat part time je, x dpt nk buat lebih2 takut x terkejar masa....
buat part time ni x dpt nak expect brapa lai boleh buat sehari...
Back to top Go down
http://meandmyworld-ct.blogspot.com/
hanima




Posts : 4
Join date : 2009-06-23

Konsortium Penjahit Tudung Empty
PostSubject: Re: Konsortium Penjahit Tudung   Konsortium Penjahit Tudung Icon_minitimeSat Sep 12, 2009 1:55 pm

eh bagus la cadangan konsortium ni, tak terfikir la pulak.

Saya ni agak baru dalam bidang jahitan tudung. Bermula dengan suka2 untuk tudung sendiri, sedara mara dan kekawan, kini alhmadulillah mendapat sambutan hingga diluar kemampuan saya untuk memenuhi permintaan dan kekadang terpaksa menolak kerana masa. Ialah menjahit dan pada masa yang sama bekerja, mana nak cukup masanya, tupun kekadang tidur 2jam jer huhu mana tahan kalau hari-hari.

Melalui konsortium ini harap dapat mengatasi masalah di atas dan pada masa yang sama jumlah bilangan tudung yang dihasilkan dapat ditingkatkan seterusnya memenuhi permintaan yang ada.

Sesiapa tinggal disekitar Puchong dan sewaktu dengannya serta berminat dengan konsortium ini, silalah pm saya.

Saya mempunyai mesin coverstich industry tu, so berminat sbg penjahit C spt yang dicadangkan oleh cik murni kita di atas sana tu.
Back to top Go down
Sponsored content





Konsortium Penjahit Tudung Empty
PostSubject: Re: Konsortium Penjahit Tudung   Konsortium Penjahit Tudung Icon_minitime

Back to top Go down
 
Konsortium Penjahit Tudung
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Direktori Penjahit tudung DIY
» Tudung Z and Z
» jom borong tudung dengan bayaran ansuran utk yg baru nk memulakan biznes tudung!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Tudung DIY CARI :: Thread :: Segalanya mengenai tudung's-
Jump to: