Tudung DIY CARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


BERKONGSI & BERBINCANG SEGALANYA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI TUDUNG
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Similar topics
NUFFNANG
IKLAN
Photobucket

 

 BERSAINGLAH SECARA SIHAT

Go down 
+12
NLiza
tudungblingbling
tehbunga
dila
kakyyah
hanim
yus
teacher ib
adeeda
iTa82
sksk
kee'ah
16 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeFri Feb 05, 2010 3:12 pm

Salam Puan Moderator...minta laluannn...

Pepatah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Saya kongsikan apa yg sentiasa menjadi rujukan saya setiap kali saya patah semangat dalam perniagaan dan pedoman ini selalu saya ulang ulang membacanya...maka fahamilah saya, berniaga bukan sekadar mendapat untung...tetapi lebih dari itu...kita bermasyarakat..menjadi kita luhur dan juga qudus. Tolong baca sampai footnote ...

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

p/s Sejak kebelakangan ini saya nampak ada sikap cantas mencantas dlm perniagaan (bukan besar mana pun perniagaan kita ni pun) menyebabkan satu pihak terpaksa berdiam diri dan mengadu bahawa produknya tidak selaris dulu. Perlu diingatkan...jika anda ingin berniaga benda yg sama...berundinglah sesama sendiri tentang harga yg patut anda tetapkan supaya pihak yang satu lagi tidak akan berkecil hati. Seharusnya kita yg membantu sesama kita bukan memintas jalan mudah utk mendapat keuntungan yang berlebihan. Kalau kita tidak berkerjasama begini, jangan mimpilah kita akan kaya atau senang dipenghujungnya kerana Allah swt itu mmg MAHA ADIL. Seharusnya kita bantu membantu dan siapakah yang kamu harap untuk membantu perniagaan kawan kawan kita kalau bukan kita sendiri.......(terutama org melayu).

Kak kee kekadang rela tarik diri dari berniaga benda yg sama atau beli barangan itu utk kegunaan sendiri saje.

Lalu fikir fikirkan....mari kita bantu membantu sesama kita kerana Allah swt akan bantu kita lebih byk lagi...CONFIRMED


Last edited by kee'ah on Sat Feb 06, 2010 8:05 pm; edited 4 times in total
Back to top Go down
sksk

sksk


Posts : 141
Join date : 2009-02-04

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeFri Feb 05, 2010 4:40 pm

panjang betul pedoman hari jumaat dari akak. terima kasih kerana berkongsi ilmu pengetahuan.

sy tertarik nak komen perenggan terakhir. sy pernah terbaca ttg konsep bangsa cina berniaga benda yg sama di tmpt yg sama. contohnye, ada kwsn perumahan baru dibuka. Bangsa cina buka bengkel sebelah menyebelah. hatta dlm satu tmn perumahan ada 3-4 bengkel they don't mind. bg mereka lagi byk bengkel lg bagus sbb kwsn itu akan jd tumpuan org baiki kereta. jadi tidak ada bengkel yg rugi sbb ramai pesaing.

dr perspektif org melayu plak, kalau dah ada bengkel kat situ, aku tak nak buka dah. nak cari tmpt lain. jenis ni mengalah sblm cuba. ada kelompok melayu lain plak, berani buka perniagan yg sama tp guna strategi main harga. perkara ni byk dah berlaku tak kira kat alam nyata mahupun alam ciber. pd sy kelompok melayu ni takut bersaing cara sihat. nak jadi monopoli.

sy pernah dgr keluhan peniaga baju budak berjenama. dia pernah memiliki online shop di lawan web terkemuka disamping ada kedai tetap. dia ambik stok direct dr China & agent. dia cerita, skrg mmg ramai yg jual online bj budak berjenama. tp yg amat mengecewakan, ada yg ambik untung sekitar RM5 sahaja. mcmn nak berniaga mcm ni?? katanya RM5 camne nak cover kos pekerja, kos kedai & overhead lain. golongan yg ambik untung RM5 ni, sy rasa jenis yg berniaga suka2, secara sampingan. cara mereka berniaga merosakkan harga pasaran.

Dr perspektif sebagai customer mmg suka pada brg yg murah. siapa tak nak beli brg dgn harga yg murah. Betul tak? Tp dr perspektif peniaga, kita kena pandang pada pesaing kita juga. Mungkin kos kita utk mendaptkan stok sgt minimum. Jd kita boleh jual murah. Tp kos pesaing kita blm tentu lg. Di sinilah peniaga perlu ada timbang rasa.

Sy ambik contoh yg sesuai utk forumer di sini. sy rasa 95% ahli forum ni adalah penjahit tudung. let say upah jahit selai tudung generally u all charge RM20. tiba2 ada penjahit A yg advertise dia boleh jahit dgn rege RM15. Bayangkan jika pelanggan anda tau, tentu dia beralih kepada penjahit A. Pelanggan anda hepi dpt rege murah. tp anda sebagai peniaga hilang customer kerana tiada timbang rasa dr penjahit A yg cantas rege u all yg mmg lebih mahal dr dia. Conclusion:A cuba monopoli mkt penjahit tdg dgn charge RM15 sedangkan terang2 org lain charge RM20, so that semua org tempah kat dia.

Pada sy nak jual benda yg sama di tmpt yg sama, tiada masalah kalau bersaing cara sihat. Just my 1cent.
Back to top Go down
iTa82

iTa82


Posts : 52
Join date : 2010-01-19
Location : Melaka

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeFri Feb 05, 2010 5:08 pm

sksk wrote:
panjang betul pedoman hari jumaat dari akak. terima kasih kerana berkongsi ilmu pengetahuan.

sy tertarik nak komen perenggan terakhir. sy pernah terbaca ttg konsep bangsa cina berniaga benda yg sama di tmpt yg sama. contohnye, ada kwsn perumahan baru dibuka. Bangsa cina buka bengkel sebelah menyebelah. hatta dlm satu tmn perumahan ada 3-4 bengkel they don't mind. bg mereka lagi byk bengkel lg bagus sbb kwsn itu akan jd tumpuan org baiki kereta. jadi tidak ada bengkel yg rugi sbb ramai pesaing.

dr perspektif org melayu plak, kalau dah ada bengkel kat situ, aku tak nak buka dah. nak cari tmpt lain. jenis ni mengalah sblm cuba. ada kelompok melayu lain plak, berani buka perniagan yg sama tp guna strategi main harga. perkara ni byk dah berlaku tak kira kat alam nyata mahupun alam ciber. pd sy kelompok melayu ni takut bersaing cara sihat. nak jadi monopoli.

sy pernah dgr keluhan peniaga baju budak berjenama. dia pernah memiliki online shop di lawan web terkemuka disamping ada kedai tetap. dia ambik stok direct dr China & agent. dia cerita, skrg mmg ramai yg jual online bj budak berjenama. tp yg amat mengecewakan, ada yg ambik untung sekitar RM5 sahaja. mcmn nak berniaga mcm ni?? katanya RM5 camne nak cover kos pekerja, kos kedai & overhead lain. golongan yg ambik untung RM5 ni, sy rasa jenis yg berniaga suka2, secara sampingan. cara mereka berniaga merosakkan harga pasaran.

Dr perspektif sebagai customer mmg suka pada brg yg murah. siapa tak nak beli brg dgn harga yg murah. Betul tak? Tp dr perspektif peniaga, kita kena pandang pada pesaing kita juga. Mungkin kos kita utk mendaptkan stok sgt minimum. Jd kita boleh jual murah. Tp kos pesaing kita blm tentu lg. Di sinilah peniaga perlu ada timbang rasa.

Sy ambik contoh yg sesuai utk forumer di sini. sy rasa 95% ahli forum ni adalah penjahit tudung. let say upah jahit selai tudung generally u all charge RM20. tiba2 ada penjahit A yg advertise dia boleh jahit dgn rege RM15. Bayangkan jika pelanggan anda tau, tentu dia beralih kepada penjahit A. Pelanggan anda hepi dpt rege murah. tp anda sebagai peniaga hilang customer kerana tiada timbang rasa dr penjahit A yg cantas rege u all yg mmg lebih mahal dr dia. Conclusion:A cuba monopoli mkt penjahit tdg dgn charge RM15 sedangkan terang2 org lain charge RM20, so that semua org tempah kat dia.

Pada sy nak jual benda yg sama di tmpt yg sama, tiada masalah kalau bersaing cara sihat. Just my 1cent.

Saya setuju...saya setuju sangat cheers patutnya kita sesama melayu & Islam bekerjasama di atr satu sama lain. Tengok mcm bangsa cina.....yg dh berjaya dlm bisnes menolong bangsa2 dia yg baru nak bukak bisnes. Sbb tu cina bleh maju sbb ada kerjasama atr mereka & plg penting mrk berani sahut cabaran n risiko.dan no wonder la klu kita tgk bangsa cina lebih banyak yg berbisnes.mana letak je kedai dia..sure blh hidup.sedangkan melayu susah skit,hanya lucky person je akan terus maju.

I LIKE THIS TOPIC..utk renungan bersama sunny
Back to top Go down
adeeda
Peniaga
adeeda


Posts : 696
Join date : 2008-12-21
Age : 46
Location : PJ/KL Sentral

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSat Feb 06, 2010 12:27 am

sksk wrote:
konsep bangsa cina berniaga benda yg sama di tmpt yg sama. contohnye, ada kwsn perumahan baru dibuka. Bangsa cina buka bengkel sebelah menyebelah. hatta dlm satu tmn perumahan ada 3-4 bengkel they don't mind. bg mereka lagi byk bengkel lg bagus sbb kwsn itu akan jd tumpuan org baiki kereta. jadi tidak ada bengkel yg rugi sbb ramai pesaing.

yg ni so true.. deeda perhatikan bila membeli belah di negara China, terutamanya di kawasan perdagang... sepanjang jalan semua jual satu jenis barangan jer.. yg menarik kalau korang jalan dari hujung A sampai B, harga yg paling murah mesti tak jauh beza, kalau kita try bargain lagi pun dia akan kata.. cari la kat mana2 kedai kat kawasan ni, u takkan dapat harga murah lagi..

berbalik kepada tajuk kak kee.. bersaing secara sihat. Deeda kagum dengan semangat peniaga-peniaga yg masih kekal di sini. Kalau fikir-fikirkan harga diluar.. ada yg tak sanggup ke pasar malam , jalan TAR melihat harga-harga tudung yg sesetengah tu dijual dengan harga yg kita rasakan 'mustahil'.
Back to top Go down
http://www.tudung-making-all-in-one.blogspot.com/
teacher ib




Posts : 9
Join date : 2010-01-06
Location : KAJANG, BANGI

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSat Feb 06, 2010 6:02 pm

bagusla perbincangan ini..
memang betul namun di kalangan kaum 'kita' perasaan hasad dengki tu terlalu tebal dan sanggup menjatuhkan bangsa sendiri demi mengisi tembolok sendiri tu tetap ada.

teruskan perbincangan yg mantop seperti ini
-pengedar tudung tasnim-
Back to top Go down
https://www.facebook.com/photo.php?pid=4208211&id=23011125090
yus

yus


Posts : 143
Join date : 2008-12-22
Age : 41
Location : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon Feb 08, 2010 12:19 am

Terima kasih Kak Kee..

Betul le apa yg Tan Sri tu bagitau kita.
Kita org Melayu jarang nak sepakat. Walaupun saya ni peniaga kecil kecilan, saya pun terasa juga.
Sekarang mmg dah payah nak jual.
Kalu ada pun, utk teman2 rapat.
Nasib saya tidak meniaga tudung aja.

Satu yg saya nak kongsi, kalau kita dapat RM100, sebaiknya kita derma lah RM10.
Saya baru je buat ni, sediakan satu tabung khas.
10% setiap jualan saya akan masuk dalam tabung tu.
Tabung tu khas utk didermakan.

Moga2 dengan apa yg saya buat ni, Allah akan murahkan rezeki saya.
Permudahkan urusan saya.
Back to top Go down
http://yusrinahata.com
hanim

hanim


Posts : 261
Join date : 2009-02-16
Age : 46
Location : Putrajaya

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon Feb 08, 2010 8:54 am

salam,
dah lama x masuk sini kerana kesibukan urusan tugas seharian & aktiviti menjahit tempahan pelanggan... dah banyak isu jugak kat sini...

saya sebenarnya bermula dengan 0 dan banyak ilmu yang saya kutip disini... alhamdulillah, rezeki Allah maha luas dan maha banyak.... saya gembira kebayakkan kawan2 disini semuanya boleh dikatakan berjaya...

cuma saya sedih bila ada isu cantas mencantas dikalangan peniaga... kita sepatutnya bersatu... rezeki masing2 ditangan Allah... kita hanya berusaha...

saya rasa yang penting kita ingat dan sematkan dalam hati, 1 pintu rezeki kita bukakan untuk saudara kita, 10 pintu rezeki Allah buka untuk kita... kalau kita cuba tutup pintu rezeki orang??? sendiri mau ingat... langit x selalu cerah... mudah mudahan kita semua sentiasa memberi sokongan antara 1 sama lain...
Back to top Go down
http://humairascollection.blogspot.com/
sksk

sksk


Posts : 141
Join date : 2009-02-04

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon Feb 08, 2010 9:10 am

yus, sy tertarik dgn cara u menyediakan tabung. good idea, pasni leh practice Very Happy
Back to top Go down
kakyyah




Posts : 45
Join date : 2009-05-10

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeTue Feb 09, 2010 10:56 am

Salam forumer..

kakyah benar2 tersentuh dengan topik ini. Asalnya kyah menceburkan diri dalam perniagaan kain ini adalah kerana sedih melihat bangsa kita terpaksa mendapatkan bekalan dari bangsa lain. kita terpaksa membeli dari mereka walau dengan harga yang mahal sekalipun.

KENAPA ORANG CINA BERJAYA?

Kerana, mereka menggunakan kaedah Islam/agama itu sendiri. Mereka mengamalkan muafakat dan persaingan sihat, macam deeda cakap, sederet kedai jual barang yg sama pun, harga tak lari mana. Mungkin kekawan boleh rujuk dari buku tulisan Ann Wan Seng bertajuk 'Rahsia Orang Cina'.
Back to top Go down
http://www.mykain.com
dila




Posts : 21
Join date : 2009-11-15
Location : KL (Setapak) & SHAH ALAM (Sn 30)

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeFri Feb 12, 2010 2:04 pm

yus wrote:
Terima kasih Kak Kee..

Betul le apa yg Tan Sri tu bagitau kita.
Kita org Melayu jarang nak sepakat. Walaupun saya ni peniaga kecil kecilan, saya pun terasa juga.
Sekarang mmg dah payah nak jual.
Kalu ada pun, utk teman2 rapat.
Nasib saya tidak meniaga tudung aja.

Satu yg saya nak kongsi, kalau kita dapat RM100, sebaiknya kita derma lah RM10.
Saya baru je buat ni, sediakan satu tabung khas.
10% setiap jualan saya akan masuk dalam tabung tu.
Tabung tu khas utk didermakan.

Moga2 dengan apa yg saya buat ni, Allah akan murahkan rezeki saya.
Permudahkan urusan saya.

Setuju sangat dengan cara Yus. Insyaallah rezeki akan sentiasa melimpah bila sebahagian daripadanya kita sedekahkan.. =)
p/s: niat nak buat macam ni dah lama, tapi dah bertahun keja masih tak terlaksana lagi.. Thanks to Yus yang secara tak langsung memberi peringatan pada diriku.. insaf...insaf..
Back to top Go down
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeFri Feb 12, 2010 4:07 pm

dila wrote:
yus wrote:
Terima kasih Kak Kee..

Betul le apa yg Tan Sri tu bagitau kita.
Kita org Melayu jarang nak sepakat. Walaupun saya ni peniaga kecil kecilan, saya pun terasa juga.
Sekarang mmg dah payah nak jual.
Kalu ada pun, utk teman2 rapat.
Nasib saya tidak meniaga tudung aja.

Satu yg saya nak kongsi, kalau kita dapat RM100, sebaiknya kita derma lah RM10.
Saya baru je buat ni, sediakan satu tabung khas.
10% setiap jualan saya akan masuk dalam tabung tu.
Tabung tu khas utk didermakan.

Moga2 dengan apa yg saya buat ni, Allah akan murahkan rezeki saya.
Permudahkan urusan saya.

Setuju sangat dengan cara Yus. Insyaallah rezeki akan sentiasa melimpah bila sebahagian daripadanya kita sedekahkan.. =)
p/s: niat nak buat macam ni dah lama, tapi dah bertahun keja masih tak terlaksana lagi.. Thanks to Yus yang secara tak langsung memberi peringatan pada diriku.. insaf...insaf..

kalau tak buat tabung gitu....ujung tahun terus bayar zakat jer...sama juga. Zakat pendapatan dan zakat perniagaan. Siapa siapa ada simpan emas 2, 3 kati tu patut zakat gak.. BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_lol . Akak tak simpan emas...zhulian pun takde....
Back to top Go down
dila




Posts : 21
Join date : 2009-11-15
Location : KL (Setapak) & SHAH ALAM (Sn 30)

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon Feb 15, 2010 6:24 pm

zakat wajib tu.. especially emas kita mudah terlepas pandang.. kalu sesetengah orang cakap emas kena selalu dipakai supaya tak perlu payar zakat, tapi sebenarnya kalu dah cukup haul, emas yang disimpan@ dipakai, rate zakat nya sama jer.. bercakap psal zakat ni, sy ada persoalan, boleh ke kalu kita gunakan wang yang kita allocatekan untuk zakat then top up skit pastu antar mak gi buat haji? Question Question
Back to top Go down
yus

yus


Posts : 143
Join date : 2008-12-22
Age : 41
Location : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeWed Feb 17, 2010 6:42 am

Salam..

Mekasih sbb suka cadangan tu. Smile
Saya selalu ingat kat diri supaya kongsi apa yg saya ada.
Mungkin utk org lain, sesuatu yg saya pk kecil itu adalah besar buat mereka.
Disebabkan perniagaan ini adalah kecil kecilan (rasanya kecil betul),
jadi mmg le payag saya nak buat pembayaran zakat perniagaan.
Sebab tu saya senang utk buat tabung sedekah ni.
Terus asingkan siap2.
Saya bukannya dapat untung meniaga tiap bulan.
Ikut ada yg tempah, adalah.
Selalunya jahit utk sendiri aje..
Back to top Go down
http://yusrinahata.com
tehbunga




Posts : 14
Join date : 2010-03-31
Location : Bandar Baru Bangi

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeWed Mar 31, 2010 5:59 pm

Salam
Saya org baru disini, diforum cari.com, carigold, wmc dah lama..

Saya harap kawan2 dapat menerima saya disini, jika ada salah silap, harap ditegur yer..supaya teguran itu dapat membina dan membaiki kelemehan diri saya..

wasalam
tehbunga @ ajah
www.lawang2u.com
Back to top Go down
http://www.lawang2u.com
tudungblingbling




Posts : 16
Join date : 2010-05-02
Age : 41
Location : selangor

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSun May 02, 2010 1:57 am

sayapun orang baru kat sini... saya setuju 100% dengan kak kee. kitani kalau nak berjaya kena sepakat. bersatu. bersaing tu boleh, tapi biarlah secara sihat. kita ni orang perempuan niat nak bantu keluarga.. kalau ada rezeki lebih, boleh buat simpanan sekolah anak anak. kalau kita ikhlas, jujur.. insya allah, Allah akan permudahkan laluan kita. -tudungblingbling
Back to top Go down
http://www.tudungblingbling.blogspot.com
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeThu May 06, 2010 7:31 pm

Hari tu akak ada attend satu seminar pasal perniagaan. Ni kisah org berniaga besaq besaq laa. Ada satu supermarket...kira sgt sgt pemes supermarket ni..kalo mention supermarket ni...anak kita pun tau.

Dalam byk byk soklan, ada satu hamba Allah...dok tanya...mcm mana kita nak bersaing utk memajukan perniagaan. So Speaker tu jawab....by doing "KILLING STRATEGY"...dengan ertikata...kita membunuh peniaga peniaga lain disekitar kita....tergaman akak kejap.

Ntah kenapa....strategy ini akak rasa akak tak sanggup nak buattt...sebab bagi akak rezeki tetap habuan masing2..even kedai sebelah menyebelah pun. Kalau tuhan nak bukak hati hang masuk kedai aku...masuk gak dan kalau tuhan nak bukak hati hang beli kedai sebelah, masuklah. Tetapi kalau kedai hang sorang sorang kat situ....kalau tuhan tak izinkan org masuk kedai hang pun....org takan masuk juga.

Pengalaman akak yg amat menyakinkan akak tentang rezeki...kisah benar ni. Ada satu hari akak mmg benar benar terlupa pasal rezeki ni ditangan Allah swt. Adakalo den pun manusio biaso...yolah terlupo. So satu hari ada customer nak jumpa akak....nak order 200 lai ni. Tu dia punya laa sonok sakan tu. So akak pun beriya iya ler nak jumpa customer ni. Pada masa ni...rasa mcm confident jer...mesti dia ni akan close deal ngan aku nanti..(ecewah mcm teraser confirm beno dah). Akak pun buat temujanji. Kendian dia batal temujanji. Kira kuciwalaaa jugaknyaa. Tapi tak putus asa, akak pun kol dia, buat temujanji len, dia pun kata ok. Kira oklaa...sekali lagi dia batalkan temujanji ni....(masa tu akak udah berharap duit tu dari dia....pegghhhhhh dah terlupa ler tu). So akak kuciwa yg amat amat....terutama org yg selalu kensel kensel date ni....rasa down gak laa..tp takler sampai down syndrome...hehehehe

Pehtu akak diam jer...tp dlm pada tu dok harap gak. Pehtu dia kol akak...kengkonon mmg betul ler nak order...(wah berkembang dada akak balik..sekembang body gak laaa). Akak tanya bila nak jumpa...dia kata ujung minggu. So ok laa...akak pun punya sonok, tadak tepon dia dah...gi ler tempat nak jumpa dia tu. Bayangkan pukul 2...akak dok ada kat situ pukul 1.30 petang. Kendian sampai pukul 2..takde pun, pukul 3 takde dan pukul 4 (masih pikiran positif...mungkin dia jem ke, keter dia rosak ke...pasal kol kol tak angkat)...sampai kul 5....akak pun balik laa....sedeh tak terkira rasa....rasa cam nak makan nasi byk byk (akak ni kolo tensen ingat makannnnn jer..hehehehehe)

Malam tu kira frust giler....tengok tudung pun menci...hehehehe. Pehtu akak sesaja kol dia...korang tau apa dia jwab.

"Maafler Miza, akak terlupa nak beritahu...akak dah ambil tudung2 kat org lain laa...so akak tak dapat jumpa Miza petang tadi...."

Akak pun tanak jadi hipokrit so akak jawab dengan nada tinggi gak ler ...grrrr tahan geram "Nape tak kol saya, saya tunggu dari pukul 2 sampai pukul 5 tau kendian akak tak bagi tau akak dah amik kat org lain awal awal"

Terus akak tutup telefon. Rasa bengang, kesal, marah dan mcm mcm lagi...nak nangis pun ada. Terasa sedeh, kena permainkan gitu...yg paling akak kesal...akak rasa akak terlalu mengharap duit dia sgt sgttt.....tup tup lagi meleleh air mata akak...sob sob sobbbbbb.

Akibat rasa kekesalan tiba tiba akak teringat pada Tuhan...apahal kendian akak baru teringat pada DIA. Padahal....ketika peristiwa itu berlaku...patutnya akak tidak mengharap pada manusia...tidak sama sekali....tp betul2 berharap pada Allah swt....tentu akak tak rasa kekesalan yg amat amat tu. Mungkin kalau akak berharap pada Allah swt....hati kita lebih terbuka...ITU BUKAN REZEKI KU...

Esoknya...akak bangun dengan semangat baru. Apa apa deal ngan client...akak tidak berharap lagi pada manusia....NOP. Sekarang, setiap kali kolo ada org order byk...akak akan terus tanam dlm hati.."Hai Allah swt, Engkaulah pemberi rezeki"..so terpulang pada DIA yg membuka dan menutup rezeki itu....dan hasilnya...akak tetap juga menerima byk tempahan w/pun tidak sebanyak dulu...namun tidak pernah putus putus. Alhamdullillah.

So peniaga peniaga lain...jgn cepat putus dari rahmat tuhan.....jgn cari kesalahan org lain tuk menutup kesalahan kita.....jgn sombong bongkak ego ke haper kebenda pagai pagai busuk yg kita pun tak suka org buat kat kita....jgn potong jalan org len dengan cantas cantas gitu..kurang kurang minta permisi dulu....jgn pikir lu sundirik saja mau hidup...tolong menolong AMALAN MULIA...kolo u tadak barang tu, rekomen kawan2 punya barang...

Hah ahkak emosional plak ari ni...sedeh beb...haus 3 jam tunggu orggg... BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_sad
Back to top Go down
NLiza




Posts : 300
Join date : 2009-01-21

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSat May 08, 2010 3:44 pm

laa sedey la plak kak kee... sy pernah alami .. tapi takde la nunggu dan mengharap sbb mase tu sy pun 50/50 nak amik sbb takot tak mampu. tempahan sedia ada pun ada yg sy tolak. ni kira tamak le.. ada nk order banyak2. so deal la bersms.. sms punya sms deal harga dsb.. sy kata nnti sy call sbb x best bniaga main sms je.. sy call tak angkat.. sy sms lagi.. tup2 dia balas.. rupanya dia dok kira2 nk jahit sendiri...agaknye dia x biasa amik banyak2 n tak tau nk wat budget. brapa kain nk kena beli dsb... emm.. takpe lah...rezeki lain dah tunggu.. tp xde la bnyak sgt takot tak mampu...kalo saya rasa saya tak mampu dan tak boleh saya rekmen pada kawan2 kat dalam ni. mcm mingu lepas kawan fisbuk sy tanya psl nk buka stokis tudung. sy kata sy x buat readymade.. sy base on order. so suggest la pd kawan2 dlm forum neh..ada beberapa nama sy kasi.. tak tau le dia deal ngan sapa..
Back to top Go down
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSat May 08, 2010 7:26 pm

betul ler ibumuqriss..

bila akak dedah citer ni...ramai gak yg tepon kat akak....depa pernah terkena. Plak lagi terok tu. Rasa bebal, marah, tertipu, geram.....apatah lagi..yg setengah dah siap nak hantar...tup tup org tu menghilangkan diri. Setakat 20 atau 30 lai takpe lagi...sampai beratus2 lai....hisss.

sedeh betul dengar kengkawan kita kena gitu..apa apa pun lenkali jgn shok sgt dengan pipit berkicau didahan...kita dah pipiskan lada....lastik dulu bagi jatuh burung....semelih dan cabut bulu semua...baru kita pipihkan lada.

MINTAKKKKKKK DEPOSITTTT kalau yg amik tempahan byk byk tu....sebab skrg ni org mcm mcm..muka baik lemah lembut pun jgn percaya........pada yg dah terkena tu sabar byk2.....geram plak hakuuu.

akak pun tengah geram budak buat label ni.....dah 4 bulan tak amik amik...sms tak jawab, coll tak jawab..dulu kata outstation, pehtu senyap....kalau bayo bulan2 pun dah abeh bayo....akuuuu jugak kena bayo....beratus ratus....huh.
Back to top Go down
NLiza




Posts : 300
Join date : 2009-01-21

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeSun May 09, 2010 2:01 pm

Dah adat berniaga kak kee. pelanggan lari, kena tipu, org tak byr dsb dah jadi pemanis dalam perniagaan. Sblm kite terjun ke bidang ni.. kita harus fikir risiko dan masalah yang mendatang. Yang penting kita tidak mudah putus asa. Tak ada orang berjaya dalam masa singkat/segera ( kalo segera tu.. skim cepat kaya la namanya. hehehehe ).. kalo naik cepat pun.. pasti ada ujian yang mendatang. Mmg sy baru dlm tdg DIY. Tp sy sndiri dah 10y bniaga kecil- kecilan bawa produk dr Kelantan spt Batik n Tdg bawal n kain pasang. Buat kutu or byrn ansuran. sy pernah wat sale 2K helai tudung dalam sebulan... dalam byk2 tu ada juga yg liat nk byr.. tp sy kata.. takper lah rezeki sy takde dgn dia.. tdg yg dia x byr tu mungkin tuhan nk bagi dlm bentuk lain..ini pengalaman sy punya yg modal 2-3 ribu jer.. dah nama pun sambilan sbb minat.
( OFF TOPIC JAP..) tu blom pening lagi dgn bizz huby yg modal puluh2 ribu.. siang malam keje x cukup tido.. alih2 x dpt full payment.. mujur balik modal...ada tu salah costing.. dah rugi plak.. project kena gak teruskan utk dptkan keyakinan customer walaupun kita tahu kita akan rugi.. dgn harapan customer puas hati dan akan bagi job baru...
Ada gak kawan2 tegur.. kenapa nk amik risiko dan peningkan kepala.. kekadang huby sendiri mengeluh.dgn kelulusan yg ada, mkn gaji pun dah boleh dok selesa, myb dah jd head of dept tapi dah minat bizz nk buat camne. sy selalu pesan since da buat keputusan berhenti, kerja jgn lagi pandang belakang ( pandainye aku cakap..kekadang diri sendiri pun ngeluh jugak.. huhuhu )..
bizz kena teruskan dan kena cekal diri utk hadapi saingan2 ( majoriti bersaing ngan "C" dan mrk mmg menggunakan "Killing strategi" kalo ikut harga dia, kita mmg xleh cari makan)

Kak Kee sabar jelah.. mungkin Allah akan bagi kita rezeki lain yang kita tak duga/ tak tahu ...
Back to top Go down
rimbun1

rimbun1


Posts : 162
Join date : 2009-07-20
Location : KUALA LUMPUR

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon May 10, 2010 12:24 pm

emm mcm2 keluhan peniaga tudung kat sini eks..

apa yg saya terfikir ler kan... selain pasal killing strategi n berbagai tuh.. kalau nak berniaga ni kita kena tau jugak cerita2 pasal ekonomi niii... kena invest jugak untuk RND... bukan apa... bila kita dok dlm biz fesyen nii.. fesyen akan sentiasa berubah... kena ingat, so kena buat research jugak ler.. contohnya tudung berawning nii.. berapa lama ianya bole bertahan, berapa lama harganya tinggi, semua produk pakaian nii mmg akan turun harga.. akan surut jugak akhir nya, so disinilah RND memainkan peranan, kena keluarkan produk2 baru yg differentiate diri kita dr market and kitalah pencetus gaya baru (uihhh sedapnyer aku ckp eks hehe.) kena ada target contoh in 6 months mesti ada innovation.
one of my fren ada cerita pasal adik dia yg berjual kain kat jln TAR tuh, kekadang ambik berkontena sebulan, n kain2 nii mmg akan obsolete in 2 or 3 months.. lepas pada tuh mmg akan turun harga... then bole jual lambak jerr.. tp bila dah lama diorg bole predict ler satu2 trend tuh akan bertahan berapa lama.. so bole bajet banyak mana nak ambik dr supplier.
apa2 pon good luck to all peniaga2 tudung nii... semua kat atas ini pandangan peribadi shj yer...kalau ada yg tak setuju its ok
Back to top Go down
http://blogrimbun.blogspot.com
rimbun1

rimbun1


Posts : 162
Join date : 2009-07-20
Location : KUALA LUMPUR

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon May 10, 2010 12:39 pm

ibumuqrish wrote:

( OFF TOPIC JAP..) tu blom pening lagi dgn bizz huby yg modal puluh2 ribu.. siang malam keje x cukup tido.. alih2 x dpt full payment.. mujur balik modal...ada tu salah costing.. dah rugi plak.. project kena gak teruskan utk dptkan keyakinan customer walaupun kita tahu kita akan rugi.. dgn harapan customer puas hati dan akan bagi job baru...
Ada gak kawan2 tegur.. kenapa nk amik risiko dan peningkan kepala.. kekadang huby sendiri mengeluh.dgn kelulusan yg ada, mkn gaji pun dah boleh dok selesa, myb dah jd head of dept tapi dah minat bizz nk buat camne. sy selalu pesan since da buat keputusan berhenti, kerja jgn lagi pandang belakang ( pandainye aku cakap..kekadang diri sendiri pun ngeluh jugak.. huhuhu )..
bizz kena teruskan dan kena cekal diri utk hadapi saingan2 ( majoriti bersaing ngan "C" dan mrk mmg menggunakan "Killing strategi" kalo ikut harga dia, kita mmg xleh cari makan)

Kak Kee sabar jelah.. mungkin Allah akan bagi kita rezeki lain yang kita tak duga/ tak tahu ...

saya ni selalu jugak attend tender committe meeting untuk luluskan tender nii... mmg kami guna konsep open tender, bumiputra or non-bumi mmg sama rata jer.. yg dapat saya simpulkan salah satu kelemahan kontraktor bumi mmg bab costing. Camna bole hantar tender yg juta-jutaan tp silap calculate (1 mistake), pastu underestimate kos (2 mistake), pastu method on work etc in detail tuh main pakai copy paste jer (3 mistake)...dan mcm2 lg lah. tp berani jugak commit themself to the work. for me lerr.. better tarik diri dr jd non perform contractor.. terus black listed...
tp mcm hubby IM nii mmg committed lerr... harapnya rugi kali ni tp rezeki lain akan mencurah2 dimasa akan dtg ok.
Back to top Go down
http://blogrimbun.blogspot.com
rimbun1

rimbun1


Posts : 162
Join date : 2009-07-20
Location : KUALA LUMPUR

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon May 10, 2010 1:05 pm

sksk wrote:


Sy ambik contoh yg sesuai utk forumer di sini. sy rasa 95% ahli forum ni adalah penjahit tudung. let say upah jahit selai tudung generally u all charge RM20. tiba2 ada penjahit A yg advertise dia boleh jahit dgn rege RM15. Bayangkan jika pelanggan anda tau, tentu dia beralih kepada penjahit A. Pelanggan anda hepi dpt rege murah. tp anda sebagai peniaga hilang customer kerana tiada timbang rasa dr penjahit A yg cantas rege u all yg mmg lebih mahal dr dia. Conclusion:A cuba monopoli mkt penjahit tdg dgn charge RM15 sedangkan terang2 org lain charge RM20, so that semua org tempah kat dia.

Pada sy nak jual benda yg sama di tmpt yg sama, tiada masalah kalau bersaing cara sihat. Just my 1cent.

tertarik nak komen pasal nii... in general mmg ler customer akan ttarik dengan yg lebih murah, tp depends ler pada kualitikan... mcm saya mmg ambil upah murah shj sbb saya tak pernah nak benchmark kualiti saya ngan butik2 terkenal mcm ariani... contoh terdekat, saya hanya menggunakan twin needle instead of cover stitch. dan saya pon memahami tak semua org banyak duit kan. contoh ler overall cost dah masuk upah jahit RM30, takan nak amik untung berganda2, jual dengan harga RM60... unless if i am selling the brand... soo build ur own brand.... (teringat kasut jimmy choo untuk Amber tuh berharga RM240k huhuhu.. no duplicate Jimmy Choo in this world)

contoh senang ler kan.. org yg jual Mercedez sebiji... kalau dibandingkan commission org yg jual Viva mestilah jauh bezanya...

emm entah ler.. saya ni dah mengarut jer kut kekeke... now dah malas nak amik upah tudung sbb malas... better buat blouse ke... langsir ker.. untuk diri sendiri.
Back to top Go down
http://blogrimbun.blogspot.com
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon May 10, 2010 1:15 pm

skrg depa dok berebut plak tudung syria...kita buat plak tudung syria. Tp seriously akak mmg tak minat nak buat yg mengarut garut...belakang lain depan lain, tepi lain tengah lain...berlayer layer bodynya....sebab pada pandangan akak ntah..tak cantek...suka original standard ariani plain dan printed jer atau template syria ariani yg simple jer...coz mungkin customer2 akak pun jenis jenis gitu. Rekomen pun depa takmau..hehehehe...selamat akuuu. Menten yg 3 butik tu je...byk byk pun jahit lintang pukang susah kita jugak nanti..

mmg pun tengah terjun perniagaan lain dah sebab .....harap tudung jer....letih melayan kerenah pelanggan... BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_lol
Back to top Go down
NLiza




Posts : 300
Join date : 2009-01-21

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeMon May 10, 2010 4:32 pm

kak kee..

customer sy ramai muda mudi.. so size pun comel2..then suka yg pelik2.. berbelang2 warna.. katanya nk lain dr yg lain..hehehhe..layaaannnnn ye la.

Rimbun..

setuju tu..harga ikut kualiti.. mula2 jait tudung dulu sy amik RM12 je. sbb bimbang kualiti x setanding diluar sana. Mase tu pakai twin needle je.Now rasanya dah cantik sket dan dan ramai puji ( perasanye aku ) saya up jadi RM15, scallop RM20. kebanyakkan kwn2 opis yg tempah. Sekali tempah 3-4helai. so tak tergamak nk amik mahal2 sbb paham diorang sume pendapatan sederhana.
Back to top Go down
kee'ah
Peniaga
kee'ah


Posts : 1141
Join date : 2008-12-22

BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitimeTue May 11, 2010 4:25 pm

ibumuqrish wrote:
kak kee..

customer sy ramai muda mudi.. so size pun comel2..then suka yg pelik2.. berbelang2 warna.. katanya nk lain dr yg lain..hehehhe..layaaannnnn ye la.

Rimbun..

setuju tu..harga ikut kualiti.. mula2 jait tudung dulu sy amik RM12 je. sbb bimbang kualiti x setanding diluar sana. Mase tu pakai twin needle je.Now rasanya dah cantik sket dan dan ramai puji ( perasanye aku ) saya up jadi RM15, scallop RM20. kebanyakkan kwn2 opis yg tempah. Sekali tempah 3-4helai. so tak tergamak nk amik mahal2 sbb paham diorang sume pendapatan sederhana.

sedeh gak ibukk...pasal label tu bukan daku berniaga...just tolong2...dpt duit minyak anto pi anto mai pejabat pos jerr...pun terkena gak... BERSAINGLAH SECARA SIHAT Kopfschuettel
Back to top Go down
Sponsored content





BERSAINGLAH SECARA SIHAT Empty
PostSubject: Re: BERSAINGLAH SECARA SIHAT   BERSAINGLAH SECARA SIHAT Icon_minitime

Back to top Go down
 
BERSAINGLAH SECARA SIHAT
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Catuaba - Sihat tubuh badan terselah kelakian
» Lotion Power 3 Lines - Zakar Lebih Sihat
» JANTAN PUMP - Tahan Lama Memanjang Membesar dan Sihat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Tudung DIY CARI :: Pengumuman :: Selamat Datang Ke DIY Tudung CARI!!-
Jump to: